BBK3408 - MINGGU 7 - VIDEO MEMPERKENALKAN DAN MEMPROMOSI UPM

Assalamualaikum..hai semua.. apa khabar? miss me ? hahahahaa... btw minggu nie merupakan minggu ke tujuh bersama prof dr normaliza. setiap kali kelas prof, aku pasti excited nak datang sebab prof kelakar sangat.. so seperti biasa di dalam kelas prof akan biasa rutin harian beliau akan memberi tugasan seterusnya untuk murid kesayangannya iaitu kami..hehe.. sebelum memberi tugasan dr akan memberikan contoh video untuk kami membuat video..seperti biasa kami kena REDHA..hehe.. well, kalau redha kerja pasti akan lancar..Jadi, tugasan kami minggu ini ialah memperkenalkan dan mempromosikan universiti putra malaysia (UPM). sebagai student upm, kami perlu mempromosikan tempat kami belajar supaya adik-adik akan masuk ke upm.. jadi kumpulan kami iaitu sis berkumpul serta berbincang untuk pergi-pergi ke tempat yang bakal kami jadikan tempat untuk mempromosi. tempat-tempat yang kami pergi ialah ladang 16, ladang pine, fakulti bahasa moden dan komunikasi serta akhir sekali ialah dewan besar. di dewan besar pada masa itu terdapat konvokesyen yang tengah dijalankan. jadi kami diberi tugasan oleh prof untuk menemuramah beberapa orang seperti 2 ibu bapa dan 3 students yang sedang konvo. kami mengunakan strategi untuk menemuramah pelbagai kaum kerana sememangnya kita tinggal dimalaysia mempunyai pelbagai kaum. jadi dengan cara ini dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama-lain. pelbagai pengalaman yang telah saya alami salah satunya ialah  keberanian menemuramah orang-orang yang tidak dikenali. jadi pengalaman ini menunjukkan kelebihan yang ada pada diri saya. rasanya setakat ini sahaja cerita saya tetang tugasan yang diberi pada minggu ini.. hehehe.. sekian terima kasih.

Comments